Bioliz Krim

SEJARAH BIOLIZ KRIM

Saya Dr. Sulaiman bin Mohd, berasal dari Felda Kemelah Segamat, Johor, anak seorang peneroka kemudian melanjutkan pelajaran ke Maktab Tentera DiRaja dalam tingkatan 4 dan 5. Memulakan karier dalam perubatan setelah menamatkan pengajian dari Universiti Malaya pada tahun 1983 sebagai Pegawai Perubatan Am dan seterusnya mengikuti kursus Perubatan Bawah Air di Australia.

Setelah 9 tahun berkhidmat dengan Pusat Perubatan Angkatan Tentera saya menamatkan perkhidmatan dari Angkatan Tentera Malaysia pada tahun 1992 saya telah menceburkan diri dalam rawatan Iridology dan Aura (Mengesan penyakit melalui Iris mata) dan tenaga dalaman, oleh kerana menyedari bahaya akan ubatan moden yang berasaskan dadah dan steroid akan merosakkan gingal (Buah pinggang) pengguna. Dari pengamatan saya terhadap pesakit yang saya rawat saya dapati rawatan mesti melalui sistem dalaman dan luaran. Oleh kerana kandungan dalam badan manusia terdiri dari 70% air maka setiap perawatan hendaklah menggunakan produk yang berasaskan air agar penyerapan akan mudah berlaku terhadap organ yang akan dirawat. Maka alternative yang saya gunakan bagi tujuan rawatan adalah Penawar Bio Teknologi.

Bioliz krim adalah produk Bio Teknologi, diilhamkan setelah mendalami rawatan kaedah Iridologi dan Aura dimana sistem saraf boleh dirawat melalui sapuan dari luar bagi melancarkan peredaran darah dan kekejangan otot. Satu ketika penggunaan krim yang berasaskan minyak yang kurang praktik terhadap pesakit apabila pesakit jatuh ketika penggunaan krim tersebut yang licin apabila disapu pada telapak kaki. Dan apabila menyedari ketidak sesuaian bagi umat Islam yang perlu membasuh kesan krim sebelum mengambil air sembahyang. Dengan sifat yang larut air dan mudah menyerap maka adalah sesuai bagi sesiapa sahaja untuk menggunakan Bioliz krim tanpa was-was dan mudah bagi umat Islam mengambil air sembahyang.

Pada peringkat awal pembuatan saya memerlukan masa selama 7 bulan untuk mendapatkan citarasa yang sesuai melalui beberapa ujian dan saringan terhadap haiwan dan manusia. Setelah berpuashati terhadap prestasi dan keberkesanan produk Bioliz maka rumusan terhadap Bioliz adalah seperti berikut: DIGUNAKAN SECARA TRADISIONAL UNTUK SAPUAN DILUAR DAN SESUAI UNTUK MEMBANTU MERAWAT PENYAKIT. TIDAK BOLEH DIMAKAN.

Photobucket

1 comment:

  1. Top 10 Casinos Near DC (Connecticut) - JTA Hub
    It has been an industry leader since I was only 15 아산 출장샵 years old. We offer 거제 출장마사지 the biggest casino floor 의정부 출장샵 in 제주도 출장안마 New 순천 출장샵 England, our largest non-gaming hotel

    ReplyDelete